marquee

SELAMAT DATANG KE BLOGSHOP "GOBOK ANNUR " ^_^ TERBARU : ANNUR KIDZ STUFF

sticky note

Selamat Datang # Welcome

GOBOK_ANNUR ~Gobok Keluarga Anda

ABOUT GOBOK ANNUR

#PRAYFORMH370

TERBARU >>>Jemput singgah ke FAN PAGE ANNUR KIDZ STUFF!!

TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KE GOBOK ANNUR,

SILA DATANG SELALU! ^-^

Sila guna Google Chrome untuk LIHAT PRODUK pada view lebih maksima ~ KLIK SINI!

PENGUMUMAN : Segala urusan COD @ Self Pick telah berpindah ke Subang Permata U6, Shah Alam [Sila sms dulu utk confirm ya]

Untuk memudahkan anda mencariSESUATUdalam GOBOK ANNUR, Sila pilih berdasarkan LABEL PRODUK DLM GOBOK di sidebar.>>>

SHOPPING CART :PRODUCT

Rabu, 27 April 2011

TIPS MENCUCI PAKAIAN

Kali ini ibu ANNUR nak berkongsi tip-tip mencuci pakaian. Maklumlah, prevention better than cure!. Kaedah yang betul dapat elakan kerugian, menjimatkan masa, dapatkan cucian yang bersih dan paling semua orang try to avoid PENYESALAN! (apsal aku buat **** @ kenapalah aku g curah *****) … tak mengapa. Belajarlah dari kesilapan dan marilah kita sama-sama menggali  ilmu (saya ibu MUDA…^o^

Pertama sekali, kawan-kawan digalakkan 'sorting' pakaian yang ingin dicuci itu mengikut warna secara berasingan (putih-darks-terang-warna pertengahan). Contohnya, pagi ni saya nak CUCI BAJU BERWARNA CERAH SAHAJA~ putih, pink, kuning, biru ecr.. Tapi seeloknya kalau yang putih warnanya, cuci bersama yang PUTIH SAHAJA, sebabnya tak mahu terjejas dek kerana warna-warna baju lain menodainya.

Kedua, cuci mengikut tahap kekotoran pakaian secara berasingan . Ini untuk elak pakaian yang tak berapa kotor menjadi betul-betul kotor sebab dah bercampur dengan pakaian yang sangat kotor.Macam pakaian anak-anak  sekolah (anak-anak aktif ni..), lebih banyak kesan kotoran kalau nak dibandingkan kemeja atau baju kerja suami (bergantung juga pada persekitaran pekerjaannya)

Sebaik-baiknya, hilangkanlah dahulu cela kekotoran yang memang kelihatan itu sebelum basuh. Contohnya, kesan darah atau lopak di kaki seluar. Untuk memastikan pakaian yang dibasuh dapat dibersihkan dengan baik, janganlah disumbat penuh mesin basuh itu (overloaded) sehingga menyukarkan ia berputar dengan baik. Tinggalkan ruang yang secukupnya untuk pakaian "bermesra" dengan bahan pencuci.Ini memudahkan kotoran tertanggal dari pakaian.Bila sudah mesra barulah dapat hasil cucian yang lebih bersih.

Bagi pakain yang diperbuat dari bahan yang memerlukan penjagaan rapi pula, asingkan ia dengan fabrik yang sekelas dengannya. Lebih-lebih lagi fabrik berasaskan serat seperti fleece sweatshirts, flannels dan chenille robes.

Sebelum membasuh,kawan-kawan dinasihatkan untuk terbalikkan (OFF~ON) pakaian yang berwarna terang "vibrant". Ini bertujuan untuk mengelakkan warna pakaian tersebut dari pudar dan tak bermaya.Sayang, nak pakaian pun nanti tak bersemangat, baju pula nampak kusam cepat kalau tak diterbalikkan. Ditambah lagi dengan pendedahan terus kepada cahaya matahari.

Ok, dah cuci kenalah sidaikann. Sidai pakaian yang dah dibasuh itu sekadar perlu untuk mengeringkan kelembapan dan keronyok (wrinkles) sahaja. Jangan dibiar terlalu lama dibawah terik mentari! Sebab itu akan membuatkan pakaian kita menjadi berkeronyok semula dan mengembang. Bukan itu sahaja, panas yang terik dan lembab embun boleh juga merapuhkan serat fabrik jika tidak diangkat berhari-hari.(Sanyangilah pakaian kita!!!)

Sekiranya kita menggunakan "dryer" untuk mengeringkan pakaian,sebaik-baik kita terus keluarkanya dari "loaded" dan terus "hanger" atau lipat pakaian itu. Jangan dibiar lama dalam dryer kerana ia boleh merosakkan serat benang pakaian.

Ini sahaja tip untuk kali ini! Harap perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. Akhir sekali, Ibu Annur ingin memetik ayat Al-Quran yang menyebut tentang pakaian juga.. Allah berfirman dalam Surah al-A'raf ayat 26 yang bermaksud:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian yang indah sebagai perhiasan. Sebaik-baik pakaian bagimu adalah pakaian takwa. Itulah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan kamu selalu ingat"

Sekian dulu untuk kali ini..
FEEL FREE TO “like” PAGE GOBOK ANNUR
PROMOSI BUKA KEDAI @ GOBOK ANNUR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...