marquee

SELAMAT DATANG KE BLOGSHOP "GOBOK ANNUR " ^_^ TERBARU : ANNUR KIDZ STUFF

sticky note

Selamat Datang # Welcome

GOBOK_ANNUR ~Gobok Keluarga Anda

ABOUT GOBOK ANNUR

#PRAYFORMH370

TERBARU >>>Jemput singgah ke FAN PAGE ANNUR KIDZ STUFF!!

TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KE GOBOK ANNUR,

SILA DATANG SELALU! ^-^

Sila guna Google Chrome untuk LIHAT PRODUK pada view lebih maksima ~ KLIK SINI!

PENGUMUMAN : Segala urusan COD @ Self Pick telah berpindah ke Subang Permata U6, Shah Alam [Sila sms dulu utk confirm ya]

Untuk memudahkan anda mencariSESUATUdalam GOBOK ANNUR, Sila pilih berdasarkan LABEL PRODUK DLM GOBOK di sidebar.>>>

SHOPPING CART :PRODUCT

Memaparkan catatan dengan label PRODUK ANAK BIJAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PRODUK ANAK BIJAK. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2014

PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS.

Adakah anda mempunyai anak berumur 3 tahun-6 tahun yang sedang belajar menulis??....adik Umar Bin Muhammad Imran, 4 tahun suka menulis dengan KAD IMBAS MARKER BOLEH TULIS PADAM.....lepas belajar menulis, skill menulis adik Umar ditajamkan lagi dengan bermain dengan puzzle magnetic fishing....suka sangat dia...dapatkan sekarang PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS....hanya untuk 20 orang yang membuat pembelian hari ini, kami berikan percuma satu buku Mengenal Huruf Bersama Upin Ipin ( buku ini tidak dijual, hanya diberikan percuma bersama PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS)....berminat? boleh komen disini, kami akan menghubungi anda semula

Jom Baca Tips Mengajar Anak Menulis Oleh Puan Rosnah Ahmad. 

Bila anak saya nak mula belajar menulis? ”. Itulah diantara persoalan yang sering diajukan oleh ibu bapa yang baru menghantar anak ke tadika . 

Semua ibu bapa sedar bahawa setiap anak mesti mempunyai kemahiran menulis dan ia adalah antara faktor penentu kejayaan anak di sekolah, universiti dan di dalam kerjaya.

Mengajar anak menulis merupakan amanah. Rasulullah SAW bersabda:

“ Hak anak atas ibu bapanya adalahlah diajarinya menulis, berenang dan memanah serta diberikan makanan yang halal.”

(Hadith Riwayat At- Tarmizi)


Ramai ibu bapa yang menganggap mengajar anak menulis bermula dengan memegang tangan anak untuk mengajar menulis ABC dan 123. Kanak-kanak sebenarnya memerlukan kemahiran yang banyak untuk menulis dan bermula lebih awal lagi.

Bayi dilahirkan dengan refleks gengaman yang sangat kuat sehingga boleh menampung berat badannya sendiri. Jika bayi diganggu dengan bunyi yang kuat atau pergerakan yang kasar secara tiba-tiba, refleks terkejut akan menyebabkan dia membuka jarinya seperti bintang. Refleks gengaman dan terkejut ini mestilah hilang sebelum kemahiran manupulatif diperolehi iaitu kebolehan menggunakan tangan dengan sengaja untuk melakukan pelbagai aktiviti temasuk menulis menggunakan pensil. 

Perkembangan manupulasi tangan berlaku dengan pesat pada peringkat awal. Kemampuan fungsi tangan anak akan wujud bila sistem otak-sarafnya dibina secara bertahap-tahap. Lebih kerap fungsi-fungsi itu digunakan lebih eloklah pembangunan di tahap itu.

Oleh itu ibu bapa harus sentiasa peka pada tahap dan menyokong perkembangan mereka. 

Menurut ahli teori Lev Vygotsgy (1978), orang dewasa dapat menyokong (scaffolding) seorang kanak-kanak untuk berkembang kepada tahap yang lebih tinggi. Vygotsky mengemukakan teori zone of proximal development- iaitu zon perbezaan di antara tahap atau kebolehan sediada kanak-kanak dan tahap lebih tinggi sedikit yang boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih besar.

Sebagai contoh ibu bapa boleh menolong mempercepatkan refleks gengaman hilang dengan membuka jari anak satu per satu. Lakukan aktiviti dengan lagu atau nasyid. Ini mengembirakan bayi dan gengamannya akan hilang secara perlahan-lahan. 

Seterusnya rasakan tapak tangan anak dengan benda-benda yang mempunyai tekstur yang berlainan seperti berbagai jenis kain, kertas dan plastik. Semua maklumat akan sampai ke otak mereka melalui deria sentuh.

Memberi bayi memegang objek yang berlainan juga akan menolong menguatkan otot jari dan tangan mereka.

Terdapat ibu bapa yang sering memarahi anak yang suka mengutip dan memasukkan apa sahaja ke dalam mulut. Apa yang sebenar berlaku adalah mereka sudah boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil sesuatu. Pencapaian kemahiran manupulatif yang hebat ini boleh dilatih dengan memberi anak makan sendiri makanan seperti kismis dan sayuran yang dipotong kecil.

Ada kalanya anak dilihat seperti sengaja melepaskan barang yang dipegangnya. Kini otot-otot melepaskan gengaman sedang belajar bertugas bertentangan dengan otot-otot gengaman supaya kedua-dua otot yang berlainan bekerja bersama.. Bermain memasukkan dan mengeluarkan mainan dapat membantu merangsang tahap perkembangan penting ini.

Kanak-kanak yang bebas meneroka dan diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperolehi kemahiran manupulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian dan bermain. Ini akan mempercepatkan lagi kesediaan mereka untuk aktiviti menulis.

Menulis dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pratulis, awal tulis dan tulis.

Peringkat pratulis bermula apabila kanak-kanak sudah boleh membuat garisan dengan pensil dan menconteng. Berilah latihan yang banyak menggunakan pergerakan halus jari mereka dengan aktiviti-aktiviti mengoyak , meramas, menggentel, melipat menguntai ,memusing, memutar, memulas, melipat, mencantum dan melarik di atas pasir atau udara. 

Kanak-kanak di sekitar umur satu dan dua tahun yang didedahkan kepada aktiviti begini lebih cepat menguatkan koordinasi tangan dan mata mereka untuk persediaan menulis.

Peringkat awal tulis biasanya bermula di sekitar umur tiga tahun apabila kanak-kanak sudah boleh melukis imej yang boleh dikenali, menulis dengan sokongan dan menulis mengikut garis putus. 

Di sekitar umur empat tahun kanak-kanak biasanya sudah boleh menulis tanpa sokongan. Pada peringkat ini ibu bapa mestilah lebih kreatif dan menjadikan aktiviti menulis sesuatu yang menarik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.. 

Saya gemar menampal hasil karya anak-anak di rumah sebagai tanda penghargaan dan galakan buat mereka. Bila berpeluang saya juga akan menghantar hasil karya mereka ke majalah kanak-kanak untuk disiarkan.

Semua aktiviti menulis ini nampaknya seperti terlalu awal untuk dipupuk dan ianya diluar kemampuan anak. Insya-Allah dengan sedikit tunjuk ajar, kesabaran dan istiqamah, ianya boleh dilakukan dengan baik oleh anak. Kanak-kanak peringkat ini sememangnya berpotensi untuk melahirkan penulisan kreatif, kritis dan inovatif. 

Menyediakan pelbagai jenis kertas, peralatan menulis dan mewarna dapat memupuk minat anak untuk menulis dalam semua peringkat. Mereka juga suka menulis menggunakan komputer jika diberi peluang.

Pada peringkat awal, janganlah terlampau memberi perhatian kepada cara anak menulis dan ejaan yang salah. Berilah kata-kata galakan dan pujian sebelum menegur kesilapan anak. Kanak-kanak banyak belajar melalui kesilapan dan jadikanlah aktiviti menulis sesuatu yang menggembirakan buat seisi keluarga.

Belajar menulis sungguh seronok untuk anak anak berusia 3 tahun sehingga 6 tahun. Dapatkan sekarang PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS.

Pakej ini terdiri daripada:
1.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam ABC Huruf Kecil
2.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Nombor 1-20
3.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Alif Ba 
4.Permainan Puzzle Magnetic Fishing

Percuma Buku Mengenal Huruf Bersama Upin (Selagi Stok Masih Ada:)
===============================================================================
Gambar Produk
               

Bismillah , Mari Kita Belajar Tulis :)

               

Ok, Rehat Kejap ... Jom Mancing !

Pakej ini terdiri daripada:
1.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam ABC Huruf Kecil
2.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Nombor 1-20
3.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Alif Ba 
4.Permainan Puzzle Magnetic Fishing

Percuma Buku Mengenal Huruf Bersama Upin Upin & Ipin

HARGA  : RM50
Kos Poslaju
[Semenanjung RM9.00] [Srwk RM14.50] [Sabah RM17]


 ✸ ✸ SMS "PAKEJ BELAJAR TULIS" ke 019-6667783 sekarang untuk tempahan SEGERA!!! ✸ ✸ ✸





Ahad, 22 Disember 2013

Pakej Anak Soleh - SOLAT :)

SOLAT TIANG AGAMA 
Menyedari peripentingnya didikan awalan ibadah solat kepada anak-anak Syurga yang menjadi amanah setiap ibubapa Muslim, Ibu Annur ingin mempekenalkan satu pakej khas untuk membantu dalam membimbing calon anak Soleh anda. 

♥PAKEJ ANAK SOLEH 



Setiap set PAKEJ ANAK SOLEH ini mengandungi:

✔ 1 VCD Animasi Panduan Praktikal Solat 
✔ 1 Poster Praktikal Solat
✔ 1 Poster Praktikal Wudhuk
✔ 1 Buku Muqaddam Bergambar Dalam 3 Bahasa
✔ 1 CD Juzuk Amma bacaan Qari Misyari Rashid
✔ 1 Buku Belajar Solat Bersama Upin Ipin

InshaaAllah, bahan bantu mengajar dalam pakej ini dapat membantu anda member pendedahan awal ibadah solat dengan gabungan mantap dari animasi vcd dan illustrasi buku yang TERSANGAT MENARIK :)   

Dari VCD Animasi Panduan Praktikal Solat yang boleh di pasang di VCD Player ini telah membantu ibu Annur mengajar Annur Hasanah praktikal asas dari cara berwudhuk hinggalah mengerjakan solat tau .

Poster pula boleh di tampal di dinding untuk rujukan dan ulangkaji sambil bermain dengan anak , Manakala Buku Belajar Solat Bersama Upin Ipin yang menarik boleh dibawa ke mana saja untuk menjadi bahan bacaan utama untuk si kecil ketika ingin tidur atau dalam kereta ketika menuju destinasi perjalanan.



Muqaddam bergambar yang mengandungi 30 surah juzuk amma dengan illustrasi yang menarik dan berwarna warni inshaaAllah mampu menambah minat mereka untuk membaca dan memahami Al-Quran terutamanya surah Al-Fatihah yang mana merupakan antara rukun Qauli dalam solat 

Mudah-mudahan Allah memberkati dan mempermudahkan usaha kita sebagai ibubapa Muslim dalam memdidik dan menbentuk anak-anak syurga yang menjadi amanah kita. Ameen .
Dapatkan Pakej Anak Soleh ini dengan harga hanya RM45 (sila tambah kos Poslaju ke Sem Malaysia 7.20/ Sabah RM11.80 /Srwk 10.50)

✸ ✸ ✸ SMS "PAKEJ ANAK SOLEH" ke 019-6667783 sekarang untuk tempahan SEGERA!!! ✸ ✸ ✸


ATAU ORDER TERUS DI WEBSITE GOBOK ANNUR >> http://gobokannur.com/index.php?route=product/product&path=60&product_id=92 


Khamis, 18 April 2013

Produk Pembelajaran Baby Khalifah Learning Seris

 Mengapa nak memiliki produk Baby Khalifah Learning Seris ini?




Perasan tak kita selalu suka belikan anak-anak kita CD yang ada Character cam Barney, Upin Ipin, Mickey Mouse, Dora The Explorer, Word World, etc. Ha, Baby Khalifah Learning Series ni pun macam tu la. Dia ada character yang dinamakan Aishah tetapi ianya lebih memberikan penekanan kepada asas pendidikan Islam khusus untuk anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah dan Bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris. 

Pengisian modul ini adalah Islamik yang merangkumi 6 modul iaitu 
1. MyFirst Arabic 
2. MyFirst Solat 
3. MyFirst Iqra 
4. MyFirst Kalimah
5. MyFirst Adab 
6. MyFirst Family 




** MyFirst Arabic 
Melalui modul ini, anak-anak kita akan dapat belajar mengenai warna, bentuk, nombor dan hari. 

** MyFirst Solat 
Modul ini pula, anak-anak akan diajar cara berwudhuk, azan,waktu solat dan arah kiblat, etc. 

** MyFirst Iqra 
30 huruf dalam bahasa Arab akan diajar dalam modul ini 

** MyFirst Kalimah 
Ucapan Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah dan Bismillah ada diajar dalam modul ini. 

** MyFirst Adab 
Ha, dalam modul ni pulak, akan diajar tentang kejujuran, kebenaran, kesabaran ,etc. 

** MyFirst Family 
Dalam modul ni pula akan diajar salasilah keluarga dan, tanggungjawab dan adab.





Ha nak anak pandai English dan sekaligus mempelajari asas agama Islam, elok la kita pasangkan CD- CD yang berteraskan agama. Selama ni, kalau kita kata CD-CD dan character daripada oversea dan kita kata banyak membantu anak-anak kita berbahasa Inggeris dan mengenal huruf/warna, etc, kini product dari Malaysia yakni Baby Khalifah Learning Series + Aishah dapat juga berbuat macam tu. Bangga saya dengan usaha orang Islam Malaysia ni. 

Berapa harganya? Harganya tak mahal, hanya RM90 untuk satu set lengkap. Dengan RM90 anda akan dapat 6 CD interaktif, 6 buku kerja, satu set kad imbas (flash card), penanda buku, satu set pensil warna dan juga pelekat kereta. 

Orang kata, kalau kita pentingkan pendidikan agama, yang ilmu duniawi yang lain akan datang dengan sendiri. Tapi kalau kita pentingkan ilmu duniawi dahulu, yang ilmu agama ni belum tentu akan sampai dan datang dalam hidup anak-anak kita. Jadi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita. Semoga anak-anak kita akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah, aminnnnnnn!!

*DETAIL PRODUK klik >>
https://www.tinyurl.com/BabyKhalifahInteractive

**INFO TAMBAHAN : VCD set ini hanya boleh di mainkan di LAPTOP @ PC SAHAJA, ia memerlukan APLIKASI ADOBE FLASH PLAYER.Sekiranya mempunyai peralatan yang cukup, boleh sambung dari laptop ke flat screen tv guna hdmi cable, kemudian kawal guna wireless mouse.


BERMINAT?Sebarang pertanyaan atau order sila majukan ke
https://www.facebook.com/messages/ANNUR.KIDZ.STUFF SMS 019.666.77.83 WhatApp 012.619.70.19


Harga Pakej Set Baby Khalifah 
RM98.50 termasuk caj poslaju dalam Semenanjung Malaysia 
RM102.50 termasuk caj poslaju ke Sarawak
RM104.50 termasuk caj poslaju ke Sabah

Jika berminat, boleh buat bayaran ke salah satu akaun di bawah
*Maybank 311140041247 Hazanariah binti Hassan 
*CIMB 14400000599106 GOBOK ANNUR
emel : gobok.annur@gmail.com
Setelah buat bayaran let me know ya! 
sms > 0196667783 @ Email> gobok.annur@gmail.com
PM pun boleh, then bagi info bayaran
1)NAMA
2)MASA BAYARAN & BANK
3)JUMLAH BAYARAN & NAMA PRODUK
4) ALAMAT PENGHANTARAN
5)NO TEL
6)email

Sebarang pertanyaan atau order sila majukan kehttps://www.facebook.com/messages/ANNUR.KIDZ.STUFF @ EMAIL : gobok.annur@gmail.com

SELF PICK UP KG MELAYU SUBANG, SG BULOH, (plz sms dulu ya )

Rabu, 18 Mei 2011

PRODUK UNTUK ANAK BIJAK! new ^_*

DENGAN LAFAZ BASMALLAH...
Ibu Annur mengumumkan produk terbaru di dalam GOBOK ANNUR~ KHAS UNTUK ANAK-ANAK...harap nanti Annur pun akan jadi bijak ...Buat masa ini, produk untuk anak-anak ini dalam bentuk buku dan CD... Kawan-kawan boleh dapatkan di e-kedai GOBOK ANNUR dengan klik pada gambar dibawah! Sebarang pertanyann boleh hubungi IBU ANNUR di 0196667783. Terima Kasih ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...