marquee

SELAMAT DATANG KE BLOGSHOP "GOBOK ANNUR " ^_^ TERBARU : ANNUR KIDZ STUFF

sticky note

Selamat Datang # Welcome

GOBOK_ANNUR ~Gobok Keluarga Anda

ABOUT GOBOK ANNUR

#PRAYFORMH370

TERBARU >>>Jemput singgah ke FAN PAGE ANNUR KIDZ STUFF!!

TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KE GOBOK ANNUR,

SILA DATANG SELALU! ^-^

Sila guna Google Chrome untuk LIHAT PRODUK pada view lebih maksima ~ KLIK SINI!

PENGUMUMAN : Segala urusan COD @ Self Pick telah berpindah ke Subang Permata U6, Shah Alam [Sila sms dulu utk confirm ya]

Untuk memudahkan anda mencariSESUATUdalam GOBOK ANNUR, Sila pilih berdasarkan LABEL PRODUK DLM GOBOK di sidebar.>>>

SHOPPING CART :PRODUCT

Memaparkan catatan dengan label FLASHCARD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FLASHCARD. Papar semua catatan

Rabu, 9 April 2014

PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS.

Adakah anda mempunyai anak berumur 3 tahun-6 tahun yang sedang belajar menulis??....adik Umar Bin Muhammad Imran, 4 tahun suka menulis dengan KAD IMBAS MARKER BOLEH TULIS PADAM.....lepas belajar menulis, skill menulis adik Umar ditajamkan lagi dengan bermain dengan puzzle magnetic fishing....suka sangat dia...dapatkan sekarang PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS....hanya untuk 20 orang yang membuat pembelian hari ini, kami berikan percuma satu buku Mengenal Huruf Bersama Upin Ipin ( buku ini tidak dijual, hanya diberikan percuma bersama PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS)....berminat? boleh komen disini, kami akan menghubungi anda semula

Jom Baca Tips Mengajar Anak Menulis Oleh Puan Rosnah Ahmad. 

Bila anak saya nak mula belajar menulis? ”. Itulah diantara persoalan yang sering diajukan oleh ibu bapa yang baru menghantar anak ke tadika . 

Semua ibu bapa sedar bahawa setiap anak mesti mempunyai kemahiran menulis dan ia adalah antara faktor penentu kejayaan anak di sekolah, universiti dan di dalam kerjaya.

Mengajar anak menulis merupakan amanah. Rasulullah SAW bersabda:

“ Hak anak atas ibu bapanya adalahlah diajarinya menulis, berenang dan memanah serta diberikan makanan yang halal.”

(Hadith Riwayat At- Tarmizi)


Ramai ibu bapa yang menganggap mengajar anak menulis bermula dengan memegang tangan anak untuk mengajar menulis ABC dan 123. Kanak-kanak sebenarnya memerlukan kemahiran yang banyak untuk menulis dan bermula lebih awal lagi.

Bayi dilahirkan dengan refleks gengaman yang sangat kuat sehingga boleh menampung berat badannya sendiri. Jika bayi diganggu dengan bunyi yang kuat atau pergerakan yang kasar secara tiba-tiba, refleks terkejut akan menyebabkan dia membuka jarinya seperti bintang. Refleks gengaman dan terkejut ini mestilah hilang sebelum kemahiran manupulatif diperolehi iaitu kebolehan menggunakan tangan dengan sengaja untuk melakukan pelbagai aktiviti temasuk menulis menggunakan pensil. 

Perkembangan manupulasi tangan berlaku dengan pesat pada peringkat awal. Kemampuan fungsi tangan anak akan wujud bila sistem otak-sarafnya dibina secara bertahap-tahap. Lebih kerap fungsi-fungsi itu digunakan lebih eloklah pembangunan di tahap itu.

Oleh itu ibu bapa harus sentiasa peka pada tahap dan menyokong perkembangan mereka. 

Menurut ahli teori Lev Vygotsgy (1978), orang dewasa dapat menyokong (scaffolding) seorang kanak-kanak untuk berkembang kepada tahap yang lebih tinggi. Vygotsky mengemukakan teori zone of proximal development- iaitu zon perbezaan di antara tahap atau kebolehan sediada kanak-kanak dan tahap lebih tinggi sedikit yang boleh dicapai dengan bantuan orang dewasa atau kanak-kanak yang lebih besar.

Sebagai contoh ibu bapa boleh menolong mempercepatkan refleks gengaman hilang dengan membuka jari anak satu per satu. Lakukan aktiviti dengan lagu atau nasyid. Ini mengembirakan bayi dan gengamannya akan hilang secara perlahan-lahan. 

Seterusnya rasakan tapak tangan anak dengan benda-benda yang mempunyai tekstur yang berlainan seperti berbagai jenis kain, kertas dan plastik. Semua maklumat akan sampai ke otak mereka melalui deria sentuh.

Memberi bayi memegang objek yang berlainan juga akan menolong menguatkan otot jari dan tangan mereka.

Terdapat ibu bapa yang sering memarahi anak yang suka mengutip dan memasukkan apa sahaja ke dalam mulut. Apa yang sebenar berlaku adalah mereka sudah boleh menggunakan ibu jari dan jari telunjuk untuk mengambil sesuatu. Pencapaian kemahiran manupulatif yang hebat ini boleh dilatih dengan memberi anak makan sendiri makanan seperti kismis dan sayuran yang dipotong kecil.

Ada kalanya anak dilihat seperti sengaja melepaskan barang yang dipegangnya. Kini otot-otot melepaskan gengaman sedang belajar bertugas bertentangan dengan otot-otot gengaman supaya kedua-dua otot yang berlainan bekerja bersama.. Bermain memasukkan dan mengeluarkan mainan dapat membantu merangsang tahap perkembangan penting ini.

Kanak-kanak yang bebas meneroka dan diajar berdikari lebih awal akan lebih cepat memperolehi kemahiran manupulatif kerana mereka berpeluang menggunakan tangan dan jari mereka untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti makan, memakai pakaian dan bermain. Ini akan mempercepatkan lagi kesediaan mereka untuk aktiviti menulis.

Menulis dibahagikan kepada tiga peringkat utama iaitu pratulis, awal tulis dan tulis.

Peringkat pratulis bermula apabila kanak-kanak sudah boleh membuat garisan dengan pensil dan menconteng. Berilah latihan yang banyak menggunakan pergerakan halus jari mereka dengan aktiviti-aktiviti mengoyak , meramas, menggentel, melipat menguntai ,memusing, memutar, memulas, melipat, mencantum dan melarik di atas pasir atau udara. 

Kanak-kanak di sekitar umur satu dan dua tahun yang didedahkan kepada aktiviti begini lebih cepat menguatkan koordinasi tangan dan mata mereka untuk persediaan menulis.

Peringkat awal tulis biasanya bermula di sekitar umur tiga tahun apabila kanak-kanak sudah boleh melukis imej yang boleh dikenali, menulis dengan sokongan dan menulis mengikut garis putus. 

Di sekitar umur empat tahun kanak-kanak biasanya sudah boleh menulis tanpa sokongan. Pada peringkat ini ibu bapa mestilah lebih kreatif dan menjadikan aktiviti menulis sesuatu yang menarik dan dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian.. 

Saya gemar menampal hasil karya anak-anak di rumah sebagai tanda penghargaan dan galakan buat mereka. Bila berpeluang saya juga akan menghantar hasil karya mereka ke majalah kanak-kanak untuk disiarkan.

Semua aktiviti menulis ini nampaknya seperti terlalu awal untuk dipupuk dan ianya diluar kemampuan anak. Insya-Allah dengan sedikit tunjuk ajar, kesabaran dan istiqamah, ianya boleh dilakukan dengan baik oleh anak. Kanak-kanak peringkat ini sememangnya berpotensi untuk melahirkan penulisan kreatif, kritis dan inovatif. 

Menyediakan pelbagai jenis kertas, peralatan menulis dan mewarna dapat memupuk minat anak untuk menulis dalam semua peringkat. Mereka juga suka menulis menggunakan komputer jika diberi peluang.

Pada peringkat awal, janganlah terlampau memberi perhatian kepada cara anak menulis dan ejaan yang salah. Berilah kata-kata galakan dan pujian sebelum menegur kesilapan anak. Kanak-kanak banyak belajar melalui kesilapan dan jadikanlah aktiviti menulis sesuatu yang menggembirakan buat seisi keluarga.

Belajar menulis sungguh seronok untuk anak anak berusia 3 tahun sehingga 6 tahun. Dapatkan sekarang PAKEJ ANAK SERONOK BELAJAR MENULIS.

Pakej ini terdiri daripada:
1.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam ABC Huruf Kecil
2.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Nombor 1-20
3.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Alif Ba 
4.Permainan Puzzle Magnetic Fishing

Percuma Buku Mengenal Huruf Bersama Upin (Selagi Stok Masih Ada:)
===============================================================================
Gambar Produk
               

Bismillah , Mari Kita Belajar Tulis :)

               

Ok, Rehat Kejap ... Jom Mancing !

Pakej ini terdiri daripada:
1.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam ABC Huruf Kecil
2.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Nombor 1-20
3.Kad Imbas Marker Boleh Tulis Padam Alif Ba 
4.Permainan Puzzle Magnetic Fishing

Percuma Buku Mengenal Huruf Bersama Upin Upin & Ipin

HARGA  : RM50
Kos Poslaju
[Semenanjung RM9.00] [Srwk RM14.50] [Sabah RM17]


 ✸ ✸ SMS "PAKEJ BELAJAR TULIS" ke 019-6667783 sekarang untuk tempahan SEGERA!!! ✸ ✸ ✸





Rabu, 30 Oktober 2013

Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta



Pakej Anak Bijak Alif Ba Ta membantu anak saya yg berumur 2 tahun telah mengenal alif ba ta dengan baik sekali dengan bantuan VCD dan Flashcard ini, Alhamdulillah..seterusnya anak-anak akan mudah untuk belajar iqra dan boleh cepat membaca Al-Quran






VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1 ini mengajar anak anda mengenal huruf-huruf hijaiyah. Pasang setiap hari, insyaallah anak anda akan mengenalhuruf alif ba ta. Boleh digunakan untuk anak-anak seawal usia 6 bulan lagi



Selepas anda mula belajar mengecam huruf menerusi VCD, anda boleh bermain Flashcard Alif Ba Ta ini dengan anak-anak anda..hanya flashkan sekali sehari, anda pasti akan nampak hasilnya.

Kemudian tampalkan 3 Poster di dinding rumah, insyaallah hari hari tengok poster, mudah anak anda nak kenal huruf alif ba ta dan kenal baris.

memang best..anak anak happy dan mak bapak pun happy ...alhamdulillah

Sampel VCD Belajar Cepat Membaca Al-Quran siri 1
http://youtu.be/05YbLitMqbQ

Jom order sekarang Pakej Lengkap Mengajar Anak Al-Quran

kawan2..jom kita ajar anak2 belajar guna flashcard sejak bayi lagi supaya mereka biasa dengan flashacard dan juga buku....Ini komen Puan Rabiatul Nabila yang sudi berkongsi video anaknya. Dibawah adalah coretan ibu kepada baby Zahratul Iman tentang perkembangan mengajar anaknya itu

"Dilatih sejak awal 3 bulan, dia memang menunjukkan minat. Bila saya tunjuk je flashcard memang dia akan membulatkan mata dan ikut saya menyebut walaupun bunyinya memang tak sama. In fact, kalau saya lambat bagi dia pegang kad, memang dia akan menjerit-jerit nyaring. Tengok pada respond dia, saya memang rasa dia cenderong belajar menggunakan flashcard. Sekarang saya dah ajar dia sampai huruf 'ya'. Tapi saya tak tekan sangat, saya ajar santai. Sambil mengajar sambil bergurau-gurau. Kadang-kadang saya selitkan juga dengan permainan lain bila mood dia tak baik, sebab takut dia boring."

Nama Baby: Zahratul Iman bt. Ahmad Izzuddin
Umur: 3 Bulan
Nama Ibu: Rabiatul Nabila bt Che Johar (24 Tahun)

Apa lagi, jom la order pakej mengajar al-quran ini sekarang juga!


Pakej dengan vcd Hijaiyah 

1 SET FLASHCARD & 1VCD & 3 POSTER = RM 45 + (Poslaju Smnjg RM6 / Sbh Srwk RM9)

UNTUK ORDER PAKEJ INI DENGAN HARGA PROMOSI 
Sila SMS < bijakabt > ke 019.666.77.83 dan ikut panduan seterusnya :) 

Untuk sebarang pertanyaan, boleh sms saya terus di 019-666 7783 atau inbox saya di fb https://www.facebook.com/haza.hassan @https://www.facebook.com/messages/ANNUR.KIDZ.STUFF

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...