marquee

SELAMAT DATANG KE BLOGSHOP "GOBOK ANNUR " ^_^ TERBARU : ANNUR KIDZ STUFF

sticky note

Selamat Datang # Welcome

GOBOK_ANNUR ~Gobok Keluarga Anda

ABOUT GOBOK ANNUR

#PRAYFORMH370

TERBARU >>>Jemput singgah ke FAN PAGE ANNUR KIDZ STUFF!!

TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KE GOBOK ANNUR,

SILA DATANG SELALU! ^-^

Sila guna Google Chrome untuk LIHAT PRODUK pada view lebih maksima ~ KLIK SINI!

PENGUMUMAN : Segala urusan COD @ Self Pick telah berpindah ke Subang Permata U6, Shah Alam [Sila sms dulu utk confirm ya]

Untuk memudahkan anda mencariSESUATUdalam GOBOK ANNUR, Sila pilih berdasarkan LABEL PRODUK DLM GOBOK di sidebar.>>>

SHOPPING CART :PRODUCT

Rabu, 27 April 2011

TIPS MENCUCI PAKAIAN

Kali ini ibu ANNUR nak berkongsi tip-tip mencuci pakaian. Maklumlah, prevention better than cure!. Kaedah yang betul dapat elakan kerugian, menjimatkan masa, dapatkan cucian yang bersih dan paling semua orang try to avoid PENYESALAN! (apsal aku buat **** @ kenapalah aku g curah *****) … tak mengapa. Belajarlah dari kesilapan dan marilah kita sama-sama menggali  ilmu (saya ibu MUDA…^o^

Pertama sekali, kawan-kawan digalakkan 'sorting' pakaian yang ingin dicuci itu mengikut warna secara berasingan (putih-darks-terang-warna pertengahan). Contohnya, pagi ni saya nak CUCI BAJU BERWARNA CERAH SAHAJA~ putih, pink, kuning, biru ecr.. Tapi seeloknya kalau yang putih warnanya, cuci bersama yang PUTIH SAHAJA, sebabnya tak mahu terjejas dek kerana warna-warna baju lain menodainya.

Kedua, cuci mengikut tahap kekotoran pakaian secara berasingan . Ini untuk elak pakaian yang tak berapa kotor menjadi betul-betul kotor sebab dah bercampur dengan pakaian yang sangat kotor.Macam pakaian anak-anak  sekolah (anak-anak aktif ni..), lebih banyak kesan kotoran kalau nak dibandingkan kemeja atau baju kerja suami (bergantung juga pada persekitaran pekerjaannya)

Sebaik-baiknya, hilangkanlah dahulu cela kekotoran yang memang kelihatan itu sebelum basuh. Contohnya, kesan darah atau lopak di kaki seluar. Untuk memastikan pakaian yang dibasuh dapat dibersihkan dengan baik, janganlah disumbat penuh mesin basuh itu (overloaded) sehingga menyukarkan ia berputar dengan baik. Tinggalkan ruang yang secukupnya untuk pakaian "bermesra" dengan bahan pencuci.Ini memudahkan kotoran tertanggal dari pakaian.Bila sudah mesra barulah dapat hasil cucian yang lebih bersih.

Bagi pakain yang diperbuat dari bahan yang memerlukan penjagaan rapi pula, asingkan ia dengan fabrik yang sekelas dengannya. Lebih-lebih lagi fabrik berasaskan serat seperti fleece sweatshirts, flannels dan chenille robes.

Sebelum membasuh,kawan-kawan dinasihatkan untuk terbalikkan (OFF~ON) pakaian yang berwarna terang "vibrant". Ini bertujuan untuk mengelakkan warna pakaian tersebut dari pudar dan tak bermaya.Sayang, nak pakaian pun nanti tak bersemangat, baju pula nampak kusam cepat kalau tak diterbalikkan. Ditambah lagi dengan pendedahan terus kepada cahaya matahari.

Ok, dah cuci kenalah sidaikann. Sidai pakaian yang dah dibasuh itu sekadar perlu untuk mengeringkan kelembapan dan keronyok (wrinkles) sahaja. Jangan dibiar terlalu lama dibawah terik mentari! Sebab itu akan membuatkan pakaian kita menjadi berkeronyok semula dan mengembang. Bukan itu sahaja, panas yang terik dan lembab embun boleh juga merapuhkan serat fabrik jika tidak diangkat berhari-hari.(Sanyangilah pakaian kita!!!)

Sekiranya kita menggunakan "dryer" untuk mengeringkan pakaian,sebaik-baik kita terus keluarkanya dari "loaded" dan terus "hanger" atau lipat pakaian itu. Jangan dibiar lama dalam dryer kerana ia boleh merosakkan serat benang pakaian.

Ini sahaja tip untuk kali ini! Harap perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. Akhir sekali, Ibu Annur ingin memetik ayat Al-Quran yang menyebut tentang pakaian juga.. Allah berfirman dalam Surah al-A'raf ayat 26 yang bermaksud:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian yang indah sebagai perhiasan. Sebaik-baik pakaian bagimu adalah pakaian takwa. Itulah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan kamu selalu ingat"

Sekian dulu untuk kali ini..
FEEL FREE TO “like” PAGE GOBOK ANNUR
PROMOSI BUKA KEDAI @ GOBOK ANNUR

Isnin, 11 April 2011

Baju Baru! Apa Yang Patut Saya Buat ?

Emm..beli baju baru kah? Selalunya memang kita excited nak pakai baju yang baru dibelikan.. Lagi-lagi kalau baju tu cantik, menarik, selesa dan macam-macam sebab positif lain la yang membuat kita membelinya.. Untuk dipakai ke jemputan kahwin kawan baik kita yg grand atau ke office dengan SEMANGAT yang lebih dari hari-hari sebelumnya.. ataupun untuk orang baru yang dinanti-nanti :)


Tahu tak apa yang perlu kawan-kawan buat dengan baju baru tu sebelum dipakai ? Ramai yang kata  
"sebelum pakai... baju baru beli tu kena basuh duluuu "
 IYA!! itu memang cadangan yang tepat. Sebaik-baiknya basuhlah dulu baju yang baru dibeli tu. Ini tak bermakna baju tu tak boleh dipakai selagi kita tak mencucinya... sarung je la..kalau da m*l*s sangat.. tapi, tahu tak kawan-kawan kenapa kita digalakkan mencuci atau istilah masa kini "pre-wash" pakaian baru kita... lebih-lebih lagi pakaian dalam yang baru :> 


Baiklah, menurut seorang dermatologist (doktor pakar kulit)  Hilary Baldwin, common additives (chemical yang digunakan ketika proses pengilangan) boleh mendedahkan kulit kita kepada risiko contact dermatitis (keradangan/iritasi kulit yang disebabkan pendedahan secara langsung pada bahan yang boleh merosakkan kulit)


Selain itu, kawan-kawan juga dinasihatkan membuat pre-wash bagi mencegah lebihan pewarna (dying) yang digunakan terkena pada kulit kita atau kain baju kita yang lain..kita selalu katakan warna menurun pada baju yang lain <bukan bomoh saja pandai menirun yaa!>  Sebab itu, kita akan mencuci/rendam baju baru itu sahaja dalam satu masa dengan tidak mencampurkannya dengan pakaian lain! Lagi-lagi yang berwarna lebih cerah dari pada baju baru itu.


Pre-wash juga AMAT-AMAT perlu dilakukan pada pakaian dalam/lingerie kita yang baru! Sebabnya, kita tak tahu dah berapa orang yang yang mencubanya sebelum kita membeli lingerie itu.. (berdasarkan polisi pasaraya juga) dan ditakuti sekiranya terdapat hama, habuk atau kudis-kudis berjangkit yang tinggal melekat.Jadi langkah awal ini sekurang-kurangnya dapat mencegah PENULARAN sakit kulit yang berjangkit . Selalunya pakaian begini dibilas dengan air panas dan digantung untuk dikeringkan sebelum digunakan (diadaptasi dari SINI)


Cara pre-wash pula, bergantung pada jenis fabriknya atau merdasarkan cadangan pengeluar/pengilang. IBU ANNUR akan cuba kongsikan tip ini dalam entry INFO yang akan datang ya.. Jadi jangan lupa "like" fanpage GOBOK ANNUR untuk update tau..


Mai pilih yang mana berkenan dan tinggalkan PESANAN kawan-kawan sekiranya ada yang menarik hati tau! Suka diingatkan, stok adalah terhad... jadi bertindak cepat sebelum tak dapat! :)

Jumaat, 8 April 2011

wArNA WarNA indaH .. COMING SOON........:)


KAWAN2 YG SUKA WARNA WARNI @ HANDMADE ITEM... NANTIKAN KEMUNCULAN WARNA2 INDAH DLM GOBOK ANNUR!!

Selasa, 5 April 2011

IBU ANNUR menjawab

ASSALAM..

entry kali ini lain sikit yee.. INFO ini disampaikan utk menjawab pertanyaan rakan-rakan IBU ANNUR berkaitan shirt yg terdpt dlm GOBOK ANNUR ni....

OK .antara pertanyaan mereka:

1)Ada Cutting~ yg dimaksudkan ada cutting ni ialah cutting mengembang dibwh dada seperti dlm gambar (A), jadi ia x bermaksud ada dart ( iye kot spelling ni :) kat belakang atau depan mcm kemeja tu ye! 

potongan yg agak kembang dibawah ni membuatkan shirt ni tdk mengikut bentuk badan ( tp bergantung pd saiz dan jenis kainnya tau) 

kebanyakkan shirt dlm GOBOK ANNUR ni, ada grip getah di hujung lengan ye... seperti dlm gambar (B)

GAMBAR (A)
GAMBAR (B)
2)Beli byk dpt murah tak? ~ ;) dear! of coz la kan! harga yg tertera khas utk retail prices/ belian satu helai je... so kalau kawan2 beli byk, insyaALLAH~IBU ANNUR senang hati bagi diskaun punyee...tp utk lebih masyuk buat la pembelian dlm bulan APRIL ni.. sebabnya IBU ANNUR sedang buat PROMOSI BUKA KEDAI!  

3)Saiz apa yg ada? ~ emm.. oleh sbb dlm  GOBOK ANNUR ni ada byk pilihan stok.. dan kengkangan masa ibu yg kena ikut time ANNUR... so update akan dibuat bila free.. so, kalau yg tertera saiz tu.. saiz tu je la ada.. tp mungkin lambat sket takda la dlm stok.. btw IBU ANNUR akan cuba bg updated stok terkini yee..

last but not least.. selamat berbelanja!
tqvm in advance :)





 

Khamis, 31 Mac 2011

TUDUNG

KLIK GAMBAR UTK LEBIH PILIHAN  & 
UTK CHECK STOCK SIZE, DAN ORDER (tidak perlu login~!) sila guna browser lain selain Internet Explorer utk elak error pd kos poslaju nanti!


@ ~ emel: hazanariah@yahoo.com @ sms 019 6667783 ( hazana )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...