marquee

SELAMAT DATANG KE BLOGSHOP "GOBOK ANNUR " ^_^ TERBARU : ANNUR KIDZ STUFF

sticky note

Selamat Datang # Welcome

GOBOK_ANNUR ~Gobok Keluarga Anda

ABOUT GOBOK ANNUR

#PRAYFORMH370

TERBARU >>>Jemput singgah ke FAN PAGE ANNUR KIDZ STUFF!!

TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KE GOBOK ANNUR,

SILA DATANG SELALU! ^-^

Sila guna Google Chrome untuk LIHAT PRODUK pada view lebih maksima ~ KLIK SINI!

PENGUMUMAN : Segala urusan COD @ Self Pick telah berpindah ke Subang Permata U6, Shah Alam [Sila sms dulu utk confirm ya]

Untuk memudahkan anda mencariSESUATUdalam GOBOK ANNUR, Sila pilih berdasarkan LABEL PRODUK DLM GOBOK di sidebar.>>>

SHOPPING CART :PRODUCT

Selasa, 3 Mei 2011

UNTUK MU IBU ~ PROMOSI HARI IBU ^_^

GOBOK ANNUR (G.A) menjalankan perniagaan dari INTERNET. G.A menawarkan pelbagai REKAAN corak & design pakaian Muslimah yang MENARIK untuk santai & kasual.

Kini, G.A sedang menjalankan promosi SEMPERNA HARI IBU !! Dapatkan REBATE RM 3 untuk setiap item yang dibeli di blogshop http://gobokannur.blogspot.com/ i!!

Promosi BERGANDA~ Untuk belian max 3 helai (bg baju dgn KOD DB**) , FREE POSTAGE , terus kerumah IBU anda!!!
dicopy dari SINI
hubungi IBU ANNUR cek stok~ PM me @ sms 0196667783 utk inform kod

GRAB cepat!, Satu utk ANDA~ Satu lagi utk IBU anda @ IBU kpd anak anda!!!

PROMOSI DALAM WAKTU TERHAD DENGAN STOK TERHAD!!

* Tempahan akan dihantar terus ke tempat anda dengan perkhidmatan pos!

* Sekiranya baju yg diorder tdk muat, kawan-kawan blh tukar saiz dgn syarat baju dlm keadaan asal dan kos penghantaran ditanggung olen pembeli.


P/S~ excited sgt sbb pertama kali bergekar ibu!! Kawan-kawan jgn lupa doa' utk IBU tau~ semoga ibu kita semua gembira dan sihat selalu :)


TERIMA KASIH WANITA HARI INI @ TV3

Salam, 
Ibu ANNUR sgt berbesar hati sebab WHI telah tolong menyiarkan a.k.a mempromote blogshop GOBOK ANNUR di PAGE Wanita Hari Ini TV3 . Terima kasih banyak-banyak.



terima kasih juga, kepada semua rakan-rakan dan fans GOBOK ANNUR yang memberi dorongan, sokong, dan doa' untuk IBU Annur memajukan G.A. iBu Annur mempunyai visi-dan misi dalam memulakan perniagaan dan internet ini, bukan saja-saja. 

ini adalah tagline yang direka oleh IBU ANNUR

 GOBOK_ANNUR ~ Your Quality.Affordable.Muslimah.Apparel Wardrobe


Visi GOBOK ANNUR

 ~ MEMBERI LEBIH PILIHAN PAKAIAN MUSLIMAH KEPADA MUSLIMAH SEMUA DALAM MEMBERI CONTOH TERBAIK KEPADA ANAK-ANAK TENTANG AURAT.
(ibu Annur sedang berusaha lagi mencari pembekal/pengilang pakaian muslimah dari masa ke semasa untuk menambah pilihan)

MISI JANGKA PENDEK~ MENJADI PENGEDAR PAKAIAN MUSLIMAH DENGAN LEBIH PILIHAN KEPADA KIOSK-KIOSK MUSLIMAH TERPILIH.

MISI JANGKA PANJANG~ MEMBUKA BUTIK MUSLIMAH DENGAN KONSEP Q.A.M.A DILOKASI STRATEGIK.

Diharap Allah mempermudahkan dan memberkati usaha ini . AMIN~



 




Rabu, 27 April 2011

TIPS MENCUCI PAKAIAN

Kali ini ibu ANNUR nak berkongsi tip-tip mencuci pakaian. Maklumlah, prevention better than cure!. Kaedah yang betul dapat elakan kerugian, menjimatkan masa, dapatkan cucian yang bersih dan paling semua orang try to avoid PENYESALAN! (apsal aku buat **** @ kenapalah aku g curah *****) … tak mengapa. Belajarlah dari kesilapan dan marilah kita sama-sama menggali  ilmu (saya ibu MUDA…^o^

Pertama sekali, kawan-kawan digalakkan 'sorting' pakaian yang ingin dicuci itu mengikut warna secara berasingan (putih-darks-terang-warna pertengahan). Contohnya, pagi ni saya nak CUCI BAJU BERWARNA CERAH SAHAJA~ putih, pink, kuning, biru ecr.. Tapi seeloknya kalau yang putih warnanya, cuci bersama yang PUTIH SAHAJA, sebabnya tak mahu terjejas dek kerana warna-warna baju lain menodainya.

Kedua, cuci mengikut tahap kekotoran pakaian secara berasingan . Ini untuk elak pakaian yang tak berapa kotor menjadi betul-betul kotor sebab dah bercampur dengan pakaian yang sangat kotor.Macam pakaian anak-anak  sekolah (anak-anak aktif ni..), lebih banyak kesan kotoran kalau nak dibandingkan kemeja atau baju kerja suami (bergantung juga pada persekitaran pekerjaannya)

Sebaik-baiknya, hilangkanlah dahulu cela kekotoran yang memang kelihatan itu sebelum basuh. Contohnya, kesan darah atau lopak di kaki seluar. Untuk memastikan pakaian yang dibasuh dapat dibersihkan dengan baik, janganlah disumbat penuh mesin basuh itu (overloaded) sehingga menyukarkan ia berputar dengan baik. Tinggalkan ruang yang secukupnya untuk pakaian "bermesra" dengan bahan pencuci.Ini memudahkan kotoran tertanggal dari pakaian.Bila sudah mesra barulah dapat hasil cucian yang lebih bersih.

Bagi pakain yang diperbuat dari bahan yang memerlukan penjagaan rapi pula, asingkan ia dengan fabrik yang sekelas dengannya. Lebih-lebih lagi fabrik berasaskan serat seperti fleece sweatshirts, flannels dan chenille robes.

Sebelum membasuh,kawan-kawan dinasihatkan untuk terbalikkan (OFF~ON) pakaian yang berwarna terang "vibrant". Ini bertujuan untuk mengelakkan warna pakaian tersebut dari pudar dan tak bermaya.Sayang, nak pakaian pun nanti tak bersemangat, baju pula nampak kusam cepat kalau tak diterbalikkan. Ditambah lagi dengan pendedahan terus kepada cahaya matahari.

Ok, dah cuci kenalah sidaikann. Sidai pakaian yang dah dibasuh itu sekadar perlu untuk mengeringkan kelembapan dan keronyok (wrinkles) sahaja. Jangan dibiar terlalu lama dibawah terik mentari! Sebab itu akan membuatkan pakaian kita menjadi berkeronyok semula dan mengembang. Bukan itu sahaja, panas yang terik dan lembab embun boleh juga merapuhkan serat fabrik jika tidak diangkat berhari-hari.(Sanyangilah pakaian kita!!!)

Sekiranya kita menggunakan "dryer" untuk mengeringkan pakaian,sebaik-baik kita terus keluarkanya dari "loaded" dan terus "hanger" atau lipat pakaian itu. Jangan dibiar lama dalam dryer kerana ia boleh merosakkan serat benang pakaian.

Ini sahaja tip untuk kali ini! Harap perkongsian ini membawa manfaat kepada semua. Akhir sekali, Ibu Annur ingin memetik ayat Al-Quran yang menyebut tentang pakaian juga.. Allah berfirman dalam Surah al-A'raf ayat 26 yang bermaksud:

"Wahai anak Adam, sesungguhnya kami menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian yang indah sebagai perhiasan. Sebaik-baik pakaian bagimu adalah pakaian takwa. Itulah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan kamu selalu ingat"

Sekian dulu untuk kali ini..
FEEL FREE TO “like” PAGE GOBOK ANNUR
PROMOSI BUKA KEDAI @ GOBOK ANNUR

Isnin, 11 April 2011

Baju Baru! Apa Yang Patut Saya Buat ?

Emm..beli baju baru kah? Selalunya memang kita excited nak pakai baju yang baru dibelikan.. Lagi-lagi kalau baju tu cantik, menarik, selesa dan macam-macam sebab positif lain la yang membuat kita membelinya.. Untuk dipakai ke jemputan kahwin kawan baik kita yg grand atau ke office dengan SEMANGAT yang lebih dari hari-hari sebelumnya.. ataupun untuk orang baru yang dinanti-nanti :)


Tahu tak apa yang perlu kawan-kawan buat dengan baju baru tu sebelum dipakai ? Ramai yang kata  
"sebelum pakai... baju baru beli tu kena basuh duluuu "
 IYA!! itu memang cadangan yang tepat. Sebaik-baiknya basuhlah dulu baju yang baru dibeli tu. Ini tak bermakna baju tu tak boleh dipakai selagi kita tak mencucinya... sarung je la..kalau da m*l*s sangat.. tapi, tahu tak kawan-kawan kenapa kita digalakkan mencuci atau istilah masa kini "pre-wash" pakaian baru kita... lebih-lebih lagi pakaian dalam yang baru :> 


Baiklah, menurut seorang dermatologist (doktor pakar kulit)  Hilary Baldwin, common additives (chemical yang digunakan ketika proses pengilangan) boleh mendedahkan kulit kita kepada risiko contact dermatitis (keradangan/iritasi kulit yang disebabkan pendedahan secara langsung pada bahan yang boleh merosakkan kulit)


Selain itu, kawan-kawan juga dinasihatkan membuat pre-wash bagi mencegah lebihan pewarna (dying) yang digunakan terkena pada kulit kita atau kain baju kita yang lain..kita selalu katakan warna menurun pada baju yang lain <bukan bomoh saja pandai menirun yaa!>  Sebab itu, kita akan mencuci/rendam baju baru itu sahaja dalam satu masa dengan tidak mencampurkannya dengan pakaian lain! Lagi-lagi yang berwarna lebih cerah dari pada baju baru itu.


Pre-wash juga AMAT-AMAT perlu dilakukan pada pakaian dalam/lingerie kita yang baru! Sebabnya, kita tak tahu dah berapa orang yang yang mencubanya sebelum kita membeli lingerie itu.. (berdasarkan polisi pasaraya juga) dan ditakuti sekiranya terdapat hama, habuk atau kudis-kudis berjangkit yang tinggal melekat.Jadi langkah awal ini sekurang-kurangnya dapat mencegah PENULARAN sakit kulit yang berjangkit . Selalunya pakaian begini dibilas dengan air panas dan digantung untuk dikeringkan sebelum digunakan (diadaptasi dari SINI)


Cara pre-wash pula, bergantung pada jenis fabriknya atau merdasarkan cadangan pengeluar/pengilang. IBU ANNUR akan cuba kongsikan tip ini dalam entry INFO yang akan datang ya.. Jadi jangan lupa "like" fanpage GOBOK ANNUR untuk update tau..


Mai pilih yang mana berkenan dan tinggalkan PESANAN kawan-kawan sekiranya ada yang menarik hati tau! Suka diingatkan, stok adalah terhad... jadi bertindak cepat sebelum tak dapat! :)

Jumaat, 8 April 2011

wArNA WarNA indaH .. COMING SOON........:)


KAWAN2 YG SUKA WARNA WARNI @ HANDMADE ITEM... NANTIKAN KEMUNCULAN WARNA2 INDAH DLM GOBOK ANNUR!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...