Tahu tak apa yang perlu kawan-kawan buat dengan baju baru tu sebelum dipakai ? Ramai yang kata
"sebelum pakai... baju baru beli tu kena basuh duluuu "IYA!! itu memang cadangan yang tepat. Sebaik-baiknya basuhlah dulu baju yang baru dibeli tu. Ini tak bermakna baju tu tak boleh dipakai selagi kita tak mencucinya... sarung je la..kalau da m*l*s sangat.. tapi, tahu tak kawan-kawan kenapa kita digalakkan mencuci atau istilah masa kini "pre-wash" pakaian baru kita... lebih-lebih lagi pakaian dalam yang baru :>
Baiklah, menurut seorang dermatologist (doktor pakar kulit) Hilary Baldwin, common additives (chemical yang digunakan ketika proses pengilangan) boleh mendedahkan kulit kita kepada risiko contact dermatitis (keradangan/iritasi kulit yang disebabkan pendedahan secara langsung pada bahan yang boleh merosakkan kulit)
Selain itu, kawan-kawan juga dinasihatkan membuat pre-wash bagi mencegah lebihan pewarna (dying) yang digunakan terkena pada kulit kita atau kain baju kita yang lain..kita selalu katakan warna menurun pada baju yang lain <bukan bomoh saja pandai menirun yaa!> Sebab itu, kita akan mencuci/rendam baju baru itu sahaja dalam satu masa dengan tidak mencampurkannya dengan pakaian lain! Lagi-lagi yang berwarna lebih cerah dari pada baju baru itu.
Pre-wash juga AMAT-AMAT perlu dilakukan pada pakaian dalam/lingerie kita yang baru! Sebabnya, kita tak tahu dah berapa orang yang yang mencubanya sebelum kita membeli lingerie itu.. (berdasarkan polisi pasaraya juga) dan ditakuti sekiranya terdapat hama, habuk atau kudis-kudis berjangkit yang tinggal melekat.Jadi langkah awal ini sekurang-kurangnya dapat mencegah PENULARAN sakit kulit yang berjangkit . Selalunya pakaian begini dibilas dengan air panas dan digantung untuk dikeringkan sebelum digunakan (diadaptasi dari SINI)
Cara pre-wash pula, bergantung pada jenis fabriknya atau merdasarkan cadangan pengeluar/pengilang. IBU ANNUR akan cuba kongsikan tip ini dalam entry INFO yang akan datang ya.. Jadi jangan lupa "like" fanpage GOBOK ANNUR untuk update tau..
Mai pilih yang mana berkenan dan tinggalkan PESANAN kawan-kawan sekiranya ada yang menarik hati tau! Suka diingatkan, stok adalah terhad... jadi bertindak cepat sebelum tak dapat! :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan