marquee

SELAMAT DATANG KE BLOGSHOP "GOBOK ANNUR " ^_^ TERBARU : ANNUR KIDZ STUFF

sticky note

Selamat Datang # Welcome

GOBOK_ANNUR ~Gobok Keluarga Anda

ABOUT GOBOK ANNUR

#PRAYFORMH370

TERBARU >>>Jemput singgah ke FAN PAGE ANNUR KIDZ STUFF!!

TERIMA KASIH KERANA SINGGAH KE GOBOK ANNUR,

SILA DATANG SELALU! ^-^

Sila guna Google Chrome untuk LIHAT PRODUK pada view lebih maksima ~ KLIK SINI!

PENGUMUMAN : Segala urusan COD @ Self Pick telah berpindah ke Subang Permata U6, Shah Alam [Sila sms dulu utk confirm ya]

Untuk memudahkan anda mencariSESUATUdalam GOBOK ANNUR, Sila pilih berdasarkan LABEL PRODUK DLM GOBOK di sidebar.>>>

SHOPPING CART :PRODUCT

Rabu, 30 November 2011

PLAN YOUR WARDROBE> RANCANG GOBOK ANDA :)

Pernah rasa hilang mood pagi-pagi sebab baju yang ingin di pakai hari itu tak jumpa?
Emm, mungkin sebab semak sangat baju-baju dalam gobok baju kita tu kot ?? Cari-cari -tak jumpa apa yang dicari. 

Seeloknya rancanglah pada hujung minggu sebelumnya , pakaian seminggu kita.Jangan lupa rujuk pada hari-hari atau tarikh-tarikh tertentu yang memerlukan kita pakai baju yang sesuai dengan aktiviti hari tersebut. Contohnya, hari Selasa depan perlu ke tapak [site], jadi jangan cari pasal pula pakai baju kurung pada hari tersebut. Manis memang manis, tapi tak kena gaya dan tak kena tempat!

Sebenarnya tips kali ini nak bagi sedap sikit mata memandang gobok yang tersusun rapi :).Senang lah sikit untuk cari sesuatu didalamnya.  Jadi tidaklah mood kita bertambah surut  tak pasal-pasal sebab terpaksa mengembur gobok dipagi hari :(

Mari praktikan tip dan kaedah dibawah ini :

UNTUK BAJU YANG DIGANTUNG :
Baju yang digantung boleh disusun  samaada mengikut tona warna ataupun kategori pemakaian.

  1.  MENGIKUT TONA WARNA  ; Biru-biru>Merah-merah> Hitam-hitam> ect.-ect.

Ini akan nampak lebih kemas dan tersusun, jadi senang untuk dipilih jika anda memang mempunyai tema-tema warna pada hari-hari tertentu :)

ehsan google





  1. KATEGORI PEMAKAIAN ;formal-officewear, baju kurung,dress> informal-kasual,santai atau pakaian sukan,ect. 

Cara menyusun sebegini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai pelbagai aktiviti harian. Ini memudahkan anda untuk memilih dan memakai pakaian yang sesuai untuk setiap aktiviti yang dijalankan.Selain itu, boleh juga disusun mengikut musim tertentu. Selalunya bagi mereka yang tinggal di negara 4 musim, setiap musim mempunyai tona-tona warna tertentu seperti tona warna musim bunga-panas dan sebagainya :)

Dicadangkan supaya digantung langsir/curtain antara setiap jenis pakaian supaya memudahkan anda membezakan antara pakaian ke tempat kerja dengan pakaian untuk bersantai.


  1. AKSESORI

ehsan google


Untuk mengantung baju, pastikan hanger/penyangkut yang sesuai digunakan untuk fungsinya >MENGANTUNG.

Digalakkan mengunakan hanger yang diperbuat daripada kayu untuk lebih tahan lama. Ini kerana kayu menpunyai daya ketahanan yang tinggi daripada melentur berbanding plastik yang mudah crack dan patah sekiranya baju yang digantung padanya agak berat. Tapi boleh saja mengunakan hanger plastik dan pastikan ketahanannya sebelum membeli ya. 

Untuk kelihatan lebih rapi lagi, gunakan hanger yang berwarna sama !.Sebaiknya gunakan hanger berwarna putih (sekiranya plastik) dan pastikan ia kelihatan serupa sekiranya tidak dapat mencari yang sama.


ehsan google
ehsan google

UNTUK BAJU YANG BERLIPAT :
Pakaian yang berlipat perlulah disusun mengikut kegunaannya < t-shirt-t-shirt> seluar-seluar> lingerie-lingerie >. Sebaik-baiknya digulung seperti sleeping bag, ini akan menjimatkan ruang sekiranya disusun didalam laci/drawers.

Baiklah itu tips menyusun baju, bagi mengurus gobok dengan lebih efficient  lagi Ibu Annur ingin kongsikan beberapa tip berguna lain :

  • BUAT INDEKS KAD ; lukis simple-simple gambarajah yang mewakili gobok anda di atas sehelai kertas(tidak perlu mengikut skala ya :). Sila labelkan pakaian atau apa saja yang anda simpan di setiap compartment berdasarkan gobok anda yang telah disusun itu.Ini akan memudahkan pencarian anda  :)

  •  MESH BAG/BAKUL; sediakan mesh bag atau bakul khas berhampiran gobok anda untuk meletakkkan hanger-hanger yang telah dipakai bajunya.  Jadi setiap kali laundry day, anda tidak perlu tercari-cari hanger untuk menggantung baju yang lembab untuk dijemur. Terus ambil untuk diguna saja.Jimat masa.

  • ARAH; susun atau gantung hanger pada arah yang sama pada pencangkuknya, pastikan disusun untuk memudahkan diambil dan digunakan.

Okey, sampai sini dulu tips kali ini. Berjumpa lagi di tips-tips akan datang. Yang mana praktikal untuk diamalkan semoga bermanfaat. Syukur kepada Allah kerana memberi idea saya menulis lagi:)

Jangan lupa :)
FEEL FREE TO “like” PAGE GOBOK ANNUR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...